Info Putra Heights 2016

Buku 50 Dalil Kenapa Anwar Ibrahim Tidak Boleh Jadi PM

Khairuddin yang juga seorang aktivis politik mendakwa, pada 1998 beliau bersama bekas Presiden Pas serta dua lagi pemimpin Pas, Mohamad Sabu (Mat Sabu) dan Mahfuz Omar telah berpakat menghasilkan buku itu.
"Saya berani bersumpah Wallahi Wabilahi Watallahi orang yang bersekongkol dengan saya pada 1998 bagi menerbitkan buku itu ialah , Mahfuz dan Mat Sabu.
 
"Ini tiga pemimpin Pas yang bergabung dengan saya bagi menerbitkan buku 50 dalil melawan Datuk Seri Anwar Ibrahim habis-habisan,'' katanya dalam satu program di Taman Metropolitan di sini hari ini.
Malah, katanya, Mat Sabu dan Mahfuz pada waktu itu berkata Anwar Ibrahim bukan isu politik tetapi isu akidah agama.
Bagaimanapun, menurut Khairuddin, kini beliau kecewa dengan perjuangan Pas yang sanggup bersekongkol pula dengan pihak yang ingin memusnahkan Islam.
"Apakah mungkin orang macam itu hendak dilantik sebagai khalifah dan pimpin umat Islam?
"Saya bekerjasama dengan mereka atas dasar perjuangan Islam tetapi hari ini mereka sanggup bersekongkol dengan Anwar untuk mendapat kuasa mentadbir negara," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, pada 1998 juga sebanyak tiga laporan polis telah dibuatnya terhadap Anwar.
Pada masa sama, beliau turut mencabar Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu membuat laporan polis semula namun sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil.
Berikutan itu, katanya, rakyat boleh menilai sendiri sikap dan keperibadian pemimpin pembangkang tersebut berhubung isu moralnya.
"Saya membesar dengan Anwar sebab itu dalam isu ini orang yang harus dipersalahkan ialah Tun Dr. Mahathir Mohamad sebab dari 1997 dan 1998 kita terangkan kepada beliau siapa sebenarnya Anwar Ibrahim tetapi malangnya Dr. Mahathir begitu sayang dan ketepikan semua pemimpin UMNO semata-mata untuk memartabatkan Anwar sebagai pengganti beliau.
"Sebab itu saya pikul perjuangan ini sebagai fardu kifayah kerana Dr. Mahathir tak mahu mempercayai Anwar berperangai sedemikian rupa. Sebab itu saya terbitkan buku 50 Dalil yang ditulis oleh Datuk Khalid Jafri Bakar Shah," katanya.
 
0 Komentar untuk "Buku 50 Dalil Kenapa Anwar Ibrahim Tidak Boleh Jadi PM"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top