Info Putra Heights 2016

Beberapa 'jeneral' Pakatan Rakyat tewas

KUALA LUMPUR - Beberapa tokoh utama pembangkang yang dilihat beria-ria hendak memperoleh kemenangan besar akhirnya tumbang di kawasan yang ditandingi mereka padfa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Antaranya, Datuk Husam Musa, Mohamad Sabu dan Datuk Harun Din yang kesemua mereka mewakili Pas.
Husam bertanding di Parlimen Putrajaya menentang penyandang daripada Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Mansor. Pada PRU-13, Tengku Adnan menang dengan majoriti 5,541 undi.
Mohamad yang merupakan Timbalan Presiden Pas pula tewas di Parlimen Pendang kepada Othman Abdul (BN) dengan majoriti 2,600 undi.
Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Haron Din yang bertanding di Parlimen Arau tewas kepada bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim (BN) dengan majoriti 1,371 undi.
 
0 Komentar untuk "Beberapa 'jeneral' Pakatan Rakyat tewas"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top