Info Putra Heights 2016

Artis K-Pop berhimpun di Genting Highlands

SERUAN kepada peminat muzik K-Pop Malaysia! Rebutlah peluang untuk menyaksikan bintang kesayangan anda beraksi dalam konsert K-Pop Dream Concert Live in Malaysia yang bakal berlangsung pada 23 dan 24 Mei ini di Arena Of Stars, Genting Highlands.
SISTAR, 4Minute, Brown Eyed Girls, Born to Beat (BTOB) dan G.NA antara artis yang telah mengesahkan kehadiran untuk bersua dengan peminat bertuah mereka di Malaysia sempena konsert tersebut.
Jangan lepaskan peluang untuk menyertai himpunan terbesar penyanyi dari negara Korea tahun ini dam rebutlah peluang untuk bertemu dengan bintang kesayangan anda.
 
Pastinya anda tidak mahu ketinggalan untuk bersua dengan salah seorang penari seksi yang pernah membintangi klip video Gangnam Style nyanyian Psy, Hyun-a (4Minute) dan Ga-In dari kumpulan Brown Eyed Girl yang turut muncul dalam video klip terbaharu Psy, Gentleman.
Lebih menarik setiap pembeli bertuah akan berpeluang untuk memenangi pakej percutian ke Korea selain tajaan penginapan bertaraf lima bintang di hotel Genting Grand, Resorts World Genting sepanjang konsert K-Pop Dream Concert Live in Malaysia berlangsung bernilai RM25,000 keseluruhannya.
K-Pop Dream Concert Live in Malaysia dibawakan oleh Esteem Pavilion Sdn. Bhd. dan lima pemenang bertuah akan pulang bersama pakej percutian tiga hari dua malam bernilai RM4,000 termasuk tiket penerbangan ke negara empat musim itu.
Malah, pemenang akan mendapat tajaan penginapan percuma, makanan dan pakej pelancongan untuk seorang sepanjang berada di sana.
Manakala lima pemenang lain akan menerima pakej percutian di Resorts World Genting termasuk penginapan dua malam di bilik Genting Grand Premier bersama sarapan untuk seorang.
 
Peserta mestilah memiliki kad keahlian Genting WorldCard dan masih sah untuk melayakkan anda menyertai pertandingan ini. Tarikh tutup penyertaan pada 16 Mei dan pemenang bertuah akan diumumkan menerusi laman utama Facebook WorldCard.
Tiket boleh didapati dengan harga bermula RM100 hingga RM800 untuk VIP 500 pembeli pertama akan menerima diskaun sebanyak lima peratus daripada harga tiket.
Untuk tempahan dan pertanyaan, hubungi TicketCharge di talian 03-9222 8811 atau 03-2718 1118. Maklumat lanjut di www.rwgenting.com.
 
0 Komentar untuk "Artis K-Pop berhimpun di Genting Highlands"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top