Info Putra Heights 2016

Amri Yahya heroku - Gol saat kritikal

Kuala Lumpur: Tidak dinafikan nama Amri Yahya kini kerap meniti di bibir Irfan Bakti Abu Salim yang menyifatkan anak didiknya itu dapat menyumbat ‘gol cantik dalam saat kritikal’.




Ketua jurulatih Selangor itu menghambur kata-kata pujian ke atas penyerang licik itu selepas menyumbat dua gol membantu skuad Merah Kuning menewaskan Tampines 3-2 dalam perlawanan terakhir Kumpulan H, saingan Piala AFC di tempat lawan, kelmarin untuk mara ke pusingan kedua.





“Amri ini kadang-kadang dia tak dapat jaring gol...tapi dalam keadaan kritikal dapat membuahkan jaringan-jaringan menarik,” kata Irfan, semalam.











Amri - pemain skuad Harimau Malaya - sudah menjaringkan empat gol setakat ini dalam kejohanan.



Apa pun dia menambah: “Saya juga tetap bangga dengan keseluruhan persembahan skuad Selangor biarpun kami tidak dapat menggunakan beberapa pemain utama.”



Sementara itu, rakan sejawatannya dari Kelantan, Bojan Hodak berwajah ceria selepas kejayaan The Red Warriors mara ke pusingan kedua selepas menjuarai Kumpulan G menewaskan Ayeyawady United 3-1 di Kota Bharu, kelmarin.



“Ia amat melegakan pada saat ini selepas tertekan dengan jadual padat dan masalah prestasi sebelum ini,” katanya elepas menyaksikan jaringan Dimitri Petratos, Nik Mohd Shahrul Azim Ab Halim dan Mohd Badhri Radzi membutirkan mata penuh pasukan.

Selangor muncul naib pendahulu Kumpulan H dan berkongsi lapan mata bersama Saigon Xuan Thanh tetapi layak dengan kelebihan jaringan sekali gus mengikuti jejak East Bengal ke pusingan kalah mati berula 15 Mei ini.



Irfan berkata, beranggapan pasukannya itu berjaya mempamerkan peningkatan walaupun tanpa kehadiran beberapa tonggak utama seperti penyerang import, Francis Forkey Doe.



Bagaimanapun dia terkilan sedikit dengan kealpaan anak buahnya melepaskan kelebihan dua gol dan membiarkan juara Liga Singapura itu menyamakan kedudukan sebelum Amri Yahyah meledak gol kemenangan pada minit ke-76.



“Barisan pemain saya beraksi tanpa tekanan memandangkan mereka mengetahui pasukan lawan (Tampines Rovers) sudah tidak layak untuk mara ke peringkat seterusnya,” kata Irfan. “Tetapi ada masanya mereka bermain sambil lewa menyebabkan kami yang mendahului dua gol awal, diikat oleh Tampines Rovers.”

0 Komentar untuk "Amri Yahya heroku - Gol saat kritikal"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top