Info Putra Heights 2016

Satu hari di Melaka

KL – Melaka
Jarak lebih kurang 130km. Korang masuk lebuhraya utara selatan menuju ke Johor Bharu dan keluar di tol Ayer Keroh lebih kurang 1 jam setengah.
Keluar tol Ayer Keroh, dah ada tempat-tempat menarik untuk di lawati di Melaka ni seperti Mini Malaysia, Zoo Melaka dan Taman Buaya.
Terus bawak kereta lagi korang follow Bandar Melaka, korang akan jumpa le Melaka River Cruise, Menara Taming Sri, Jonker Walk, Muzium Samudera dan Dataran Pahlawan.
Lokasi menarik di Melaka
Jonker Walk
Ni tempat untuk beli barang-barang antik, macam pasar malam kaum cina di sepanjang jalan.
Gambar-gambar menarik di Jonker Walk







Menara Taming Sari – Dewasa rm10 dan kanak-kanak rm5
Setinggi 80m ( tinggi tu ), nanti terasa sedikit gayat. Lingkaran bulat tu akan turun dan pelawat akan naik, seterusnya lingkaran bulat akan naik perlahan-lahan sambil perpusing.





Muzium Samudera – Dewasa rm6 dan kanak-kanak rm2
Kat sini le ada kapal besar yang korang pernah tengok kat dalam gambar atau blog. Boleh naik atas kapal tu, ambil-ambil gambar skit.




Melaka River Cruise – Dewasa rm10 dan kanak-kanak rm5
Selama 45 minit menyusuri sungai di Bandar Melaka tuh, boleh tengok pemandangan di tepi sungai Melaka tu. Boleh naik di tepi sungai belakang kapal besar Muzium Samudera.






Naik Beca Pusing-pusing Bandar Melaka – rm10 atau rm20
Ada pakej rm10 atau rm20 di mana tempat yang di bawa berbeza le. Ambil masa lebih kurang 20 min ronda-ronda sekitar Bandar Melaka. Tempat-tempat menarik ni berdekatan je, jalan kaki pun boleh.
Pahlawan Walk
Ini kedai atau gerai jual cenderahati, baju-baju, topi, mainan kanak2, keropok2 di dalam satu bangunan yang terbuka. Dekat je dengan menara taming sari tu.
 










Dataran Pahlawan
Ini kedai atau gerai jual cenderahati, baju-baju, topi, mainan kanak2, keropok2 di dalam satu bangunan yang tertutup dan ekon. Lokasi depan Hatten hotel yang aku duduk asa kat sana.





Hatten Hotel








Menara Merah





Tiket Parking



Tip jalan-jalan di tempat menarik di Melaka
Tip 1 – bila beli souvenior, minita free gift satu.
Tip 2 – Pahlawan walk, dataran pahlawan, menara taming sari, muzium samudera, bangunan merah, river cruise, jonker walk ni tempat berdekatan je, jalan kaki pun boleh.
Tip 3 – kat mana nak park kereta? Ada parking swasta dan dewan bandaraya Melaka ( 60 sen/jam berkupon ). Min kupon rm6 ada 10 kupon 60sen di dalamnya. Jangan park kat line kuning, mesti kena saman polis trafik sebab polis selalu ronda kat situ. Pekerja dewan bandaraya pun setiap 20 min akan ronda periksa kupon parking. Kupon rm6 tu cukup untuk 2 hari. Lepas pukul 6, parking free.
Tip 4 – river cruise dan beca naik malam, Nampak cahaya2 skit.
Tip 5 – kalau sesat, cari signboard bandaraya Melaka/banda hillir, pusing2 kat situ je
Tip 6 – makan? Aku rekeman kat depan pahlawan walk, ada kedai nasi ulam. Ada udang besar kat situ harga rm 35-40.
0 Komentar untuk "Satu hari di Melaka"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top