Info Putra Heights 2016

Salah Guna Wang: DAP Siasat Jenice Lee

KUALA LUMPUR 15 Mac – Jawatankuasa Disiplin DAP telah memanggil Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teratai, Jenice Lee bersama Pembantu Khasnya, Lee Suan Ba bagi memberi keterangan atas dakwaan penyelewengan dan salah guna wang.
Wakil Jawatankuasa Displin parti, Tan Kok Wai berkata, Suan Ba telah didakwa menyalahgunakan sebahagian daripada wang berjumlah RM32, 000 yang diperuntukkan bagi membina dinding penahan di Taman Seraya, Cheras, pada tahun 2011.
"Jenice turut diminta memberi keterangan sebagai saksi dalam kes yang sama setelah mengeluarkan surat sokongan bagi projek berkenaan," katanya kepada pemberita pada Sidang Media di Ibu Pejabat DAP di Jalan Pudu di sini semalam.
Beliau menjelaskan, tiga buah keluarga di Taman Seraya telah meminta bantuan Suan Ba untuk membina dinding penahan berhampiran rumah mereka.
Katanya, pembinaan tersebut diperlukan untuk mengelakkan pejalan kaki daripada membaling objek ke arah tiga buah rumah yang terletak berdekatan jalan utama di kawasan berkenaan.
"Suan Ba telah membawa keluarga tersebut bertemu Jenice, yang didakwa mengeluarkan surat sokongan untuk membantu mereka mendapatkan kelulusan daripada Majlis Perbandaran Ampang Jaya.
"Dia kemudiannya mengumpul wang berjumlah RM32, 000 daripada tiga keluarga dan didakwa menjalankan pembinaan dinding dengan bantuan kontraktor bebas sekaligus dituduh mengambil sebahagian daripada wang peruntukan berkenaan.
"Walau bagaimanapun, beliau telah menafikan dakwaan tersebut," jelasnya.
Beliau turut mendakwa, pembinaan dinding tersebut jika sabit kesalahan dilakukan secara haram kerana ianya dikendalikan di bawah Jabatan Tanah dan Galian.
Tan juga mengesahkan pihak Jawatankuasa Displin Parti akan memanggil semula tertuduh pada minggu hadapan untuk siasatan selanjutnya. Dalam pada itu, Suan Ba yang menolak tuduhan tersebut menegaskan, pembinaan projek tersebut  merupakan sebahagian daripada projek bantuan rakyat bagi kawasan Dun Teratai.

Ianya turut dinafikan Jenice Lee yang menyifatkannya sebagai satu konspirasi politik bagi menghalang beliau bertanding pada pilihan raya umum akan datang.
Sebelum ini, Pemimpin DAP Selangor itu berdepan beberapa tuduhan melibatkan penyelewengan termasuklah laporan Persatuan Penduduk Pandan Perdana yang diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) bagi mendesak siasatan ke atas beliau berhubung dakwaan salah guna wang derma bagi pembinaan sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di kawasan me
Dipetik dari: http://www.klpos.com
0 Komentar untuk "Salah Guna Wang: DAP Siasat Jenice Lee"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top