Info Putra Heights 2016

Piala FA - Kelantan ketuai 3 lagi negeri

Juara bertahan Piala FA, Kelantan mengetuai senarai empat pasukan yang menempah slot ke separuh akhir selepas menewaskan lawan masing-masing pada perlawanan suku akhir kedua, hari ini.
Selain Kelantan, turut melayakkan diri ke separuh akhir ialah Terengganu dan Pahang selain juara lima kali, Se langor.
Juara trebel musim lepas, Kelantan yang membawa ke lebihan jaringan 2-1 pada perlawanan suku akhir pertama di Kota Baharu pada 6 April lepas, mara ke separuh akhir dengan agregat 4-1 selepas menewaskan Sarawak 2-0 di Stadium Negeri di Kuching.
Turut mengiringi mereka ke separuh akhir ialah Te rengganu yang mencatat kemenangan dengan agregat 6-1 ke atas Negeri Sembilan pada dua aksi suku akhir.
Skuad Penyu yang mencatat kemenangan selesa 3-1 pada suku akhir pertama di tempat lawan pada 6 April lepas meneruskan prestasi cemerlang apabila menundukkan pa sukan pelawat 3-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.
Pahang turut menempah slot ke separuh akhir selepas mencatat kemenangan dengan agregat 2-0 ke atas finalis Piala FA musim lepas Sime Darby FC pada suku akhir kedua di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.
Sementara itu, pasukan berstatus bintang Johor Darul Takzim FC (Johor DT) terpaksa diheret ke penentuan sepakan penalti ketika menentang Selangor di Stadium Shah Alam sebelum mengesahkan slot separuh akhir dengan kemenangan 4-2.
weTerdahulu, pasukan bimbingan Fandi Ahmad itu me newaskan Selangor 2-1 pada 120 minit perlawanan untuk mengikat kedudukan dengan agregat 3-3


0 Komentar untuk "Piala FA - Kelantan ketuai 3 lagi negeri"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top