Info Putra Heights 2016

Model biaya rumah tanpa penyata gaji

Putrajaya: Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Berhad diminta mengkaji model pembiayaan membeli rumahnya bagi rakyat yang tidak mempunyai pendapatan tetap atau penyata gaji, umpamanya penggiat seni.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata konsep pembiayaan bukan konvensional akan membolehkan semua golongan memiliki kediaman sendiri tanpa perlu berdepan masalah mendapat pinjaman bank.
"Saya sudah minta Ketua Eksekutif PR1MA (Datuk Abdul Mutalib Alias) mengkaji model ini bagi mereka yang bidang pekerjaannya tiada pendapatan tetap tapi ada juga pendapatan yang kadang-kadang banyak, kadang-kadang tidak ada langsung.


"Sekurang-kurangnya pada hari muka, mereka ada bumbung untuk melindungi keluarga dan anak," katanya pada Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri bersama Ikon dan Persatuan Seni Budaya Tanah Air di Seri Perdana di sini, semalam.

Turut hadir, Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Zed Zaidi dan 1,000 penggiat seni tanah air.

Pada majlis itu, Najib turut mengumumkan Kad Diskaun Rakyat 1Malaysia akan dipanjangkan kepada penggiat seni.
0 Komentar untuk "Model biaya rumah tanpa penyata gaji"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top