Info Putra Heights 2016

Kes William - 5 polis mencari pada malam kejadian

PETALING JAYA 23 April - Seorang anggota polis memberitahu Mahkamah Koroner di sini hari ini, bapa William Yau Zhen Zhong, Yau Kok Kang kelihatan cemas dan pucat apabila mengetahui kehilangan anaknya itu pada malam Konstabel Nor Shahrir Zakaria kejadian.berkata, Kok Kang, 32, berkeadaan sedemikian ketika dia bertemu dengan lelaki itu di hadapan sebuah kedai elektrik di Putra Heights, Subang Jaya, dekat sini setelah dihubungi melalui telefon bimbitnya.

"Kok Kang telefon saya kira-kira pukul 8.30 malam ketika saya sedang membuat rondaan, dia memberitahu anaknya hilang di lokasi kedai tersebut," katanya.Sewaktu tiba di tempat kejadian, dia melihat isteri Kok Kang, Goh Ying Ying, 26, sedang menangis sambil mendukung anak perempuannya.

"Saya telah meminta Kok Kang membuat laporan polis di Balai Polis Putra Heights, selepas itu saya dan rakan setugas meneruskan usaha mencari William di sekitar kawasan tersebut termasuk di kawasan Putra Mahkota," katanya.Menurut Nor Shahrir, keadaan di kawasan tersebut gelap kecuali di hadapan kedai elektrik berkenaan menyebabkan dia terpaksa menggunakan lampu suluh untuk mencari kanak-kanak itu terutama di kawasan longkang.

Katanya lagi, keadaan longkang di kawasan tersebut termasuk di kawasan padang berhampiran tempat kejadian kering namun tidak menolak kemungkinan ia mampu menghanyutkan objek berat jika hujan lebat.

Nor Shahrir, 26, berkata demikian semasa menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Lee Keng Fatt yang membantu prosiding inkues siasatan kematian kanak-kanak tersebut.

Saksi itu juga memberitahu, sebanyak lima anggota polis turut tiba di lokasi kejadian dalam usaha mencari William.
Ditanya mengenai hubungan anggota polis itu dan keluarga Kok Kang, Nor Shahrir berkata, dia mengenali semua anggota keluarga tersebut termasuk William namun tidak rapat dengan mereka.
"Saya pernah beberapa kali menyapa William dan bertanya khabar tetapi dia tidak pernah menjawab sapaan saya," katanya.

0 Komentar untuk "Kes William - 5 polis mencari pada malam kejadian"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top