Info Putra Heights 2016

Jom layan ATV

Hujung minggu bakal menjelang, adakah anda merancang sesuatu?




Jika belum mempunyai aktiviti hujung minggu yang direncanakan, berkunjunglah ke Bukit Kemensah, Hulu Kelang, Selangor.





Di sana, kita boleh mencuba aktiviti mencabar yang menjanjikan pengalaman baru, iaitu menunggang ATV (All-terrain Vehicle) di Bukit Kemensah Adventure Park.



Terletak cuma 4.8 kilometer perjalanan di belakang Zoo Negara, Hulu Klang, pengalaman yang dijanjikan pasti memberikan kepuasan dan mengujakan lebih-lebih lagi dilakukan dalam hutan.





ATV ialah motosikal beroda empat atau tiga yang mampu mengharungi pelbagai bentuk muka bumi. Jika dulu kosnya agak tinggi tetapi kini ia boleh disewa dengan harga lebih rendah.





Pengunjung boleh memilih pakej serendah RM50 untuk pakej 30 minit hingga pakej RM300 untuk aktiviti selama empat jam.



Trek di sini begitu mencabar dengan pelbagai halangan termasuk laluan di bawah pokok balak yang tumbang dan melalui titi buluh di kawasan yang masih lagi diwartakan hutan simpan.



Menariknya, penunggang berpeluang berhenti di satu kawasan air terjun yang digelar Air Terjun Sofia Jane untuk mandi-manda dan berehat.



Pemandangan yang indah dan mendamaikan pasti menghilang penat dek menunggang ATV mengharungi pelbagai cabaran untuk sampai ke situ.



Bagi Faisol Ahmad, 37, dia selalu ke sini untuk bersantai bersama teman sepejabat.



“Di samping dapat menguji kemahiran, aktiviti ini memupuk semangat kerjasama dalam kalangan kami yang bertugas di jabatan yang sama,” katanya.



Lagipun, lokasinya yang berhampiran Zoo Negara memudahkan pengunjung terutama warga kota mengunjunginya.



Untuk mereka yang tidak pernah menunggang ATV, usah bimbang kerana anda akan diberi taklimat oleh jurupandu yang berpengalaman.



Malah, setiap penunggang diberi peluang menyesuaikan diri dengan ATV masing-masing sebelum perjalanan dilakukan.



0 Komentar untuk "Jom layan ATV"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top