Info Putra Heights 2016

Hodak yakin TRW mampu duduki tangga ketiga

Kota Bharu: Ketua jurulatih Kelantan, Bojan Hodak (gambar) optimis The Red Warriors (TRW) mampu membaiki kedudukan dalam Liga Super selepas menemui semula sentuhan kemenangan dengan menundukkan T-Team 3-1 di Stadium Sultan Muhammad IV, malam kelmarin.




Bagaimanapun, jurulatih berusia 41 tahun dari Crotia itu mengakui tugas sukar buat skuad bimbingannya untuk mengejar pasukan yang berada dalam kelompok teratas liga, tetapi menegaskan anak buahnya tidak akan mudah menyerah kalah.

“Memang saya akui Kelantan menempuh laluan sukar untuk mempertahankan kejuaraan musim ini. Namun saya tetap yakin anak buah saya mampu menggunakan peluang yang ada dalam perlawanan akan datang untuk sekurang-kurangnya berada pada kedudukan tiga teratas.



“Kemenangan malam ini (kelmarin) boleh dikatakan sebagai pembakar semangat kepada mereka untuk terus bangkit mencipta kemenangan.



Nwakaeme cedera



“TRW perlu terus mempamerkan aksi lebih baik dalam perlawanan berikutnya, malah kelemahan yang ada pada masa ini akan dibaiki sebelum menentang pasukan Ayeyawady United dalam saingan Piala AFC, di sini Selasa ini," katanya semalam.



Bojan berkata, masalah keletihan kerana jadual padat masih membelenggu pemain menyebabkan mereka beraksi di bawah kemampuan sebenar dan cedera seperti dialami Dickson Nwakaeme yang terpaksa dikeluarkan sebaik bermula babak kedua.

"Pemain masih belum mempamerkan aksi sebenar dalam beberapa perlawanan sebelum ini kerana tidak mempunyai rehat yang cukup. Nwakaeme mengalami kecederaan dan sebab itu saya gantikan dengan Farhan (Mohd Norfarhan Mohamad) kerana tidak mahu mengambil risiko,” katanya
0 Komentar untuk "Hodak yakin TRW mampu duduki tangga ketiga"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top