Info Putra Heights 2016

Filem Bunohan, Songlap serta Istanbul Aku Datang mengharumkan nama Malaysia

KUCHING – Filem Bunohan, Songlap serta Istanbul Aku Datang mengharumkan nama negara apabila merangkul empat anugerah pada Festival Filem Antarabangsa ASEAN (AIFFA) 2013 yang julung-julung kali diadakan di sini kelmarin.
 
Filem Songlap mendahului senarai pemenang dari negara ini dengan memenangi anugerah Anugerah Filem Terbaik Kategori Aksi selain teraju utamanya, Shaheizy Sam diiktiraf sebagai Pelakon Lelaki Terbaik festival itu.
 
Pengarah filem Bunohan, Dain Said pula memenangi Anugerah Lakon Layar Terbaik manakala Istanbul Aku Datang arahan Bernard Chauly dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Filem Terbaik Kategori Komedi.

0 Komentar untuk "Filem Bunohan, Songlap serta Istanbul Aku Datang mengharumkan nama Malaysia"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top