Info Putra Heights 2016

Dr. M Maafkan perancang pembunuhan beliau

PUTRAJAYA 3 April - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini memaafkan bekas aktivis Pas, Zainol Ismail atau C.N. Al-Afghani yang merancang untuk membunuh beliau ketika menjadi Perdana Menteri.
 
Permohonan maaf bekas ahli seumur hidup Pas yang turut dikenali sebagai Cikgu Non itu dilakukan di pejabat Dr. Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.
Saya terimalah, tanpa syarat, saya bersyukur dia sedar, saya tidak kira pasal dia nak bunuh saya. Saya bersyukur dan senang kerana dia sedar akan kesalahan parti Pas mengkafirkan orang lain," kata Dr. Mahathir.
 
Dalam pertemuan kira-kira sejam yang turut diserta kepimpinan ulama Pondok itu, Zainon menyatakan bahawa perancangan pembunuhan negarawan tersebut dilakukan kerana taksub dengan Amanat Haji Hadi yang mengkafirkan UMNO dan percaya bahawa bekas Perdana Menteri itu benar-benar bukan Islam.
Dr. Mahathir berkata, beliau bersyukur kerana kini ramai yang telah sedar akan kesalahan mereka dan telah meminta maaf terhadap beliau termasuk Ahli Parlimen Bandar Baru Kulim, Datuk Zulkefli Nordin dan Mursyidul Am Tibai, Muhammad Zahid Md. Arib.
 
Saya melihat ramai kini mendapati pendapat mereka dahulu tidak kena. Pengikut Anwar begitu, pengikut Pas pun begitu. Apabila mereka dekat dengan pemimpin-pemimpin pembangkang ini mereka dapat lihat kesalahan mereka, justeru mereka keluar parti.
 
Banyak orang yang dulu mencaci dan memaki saya, sekarang mendapati pendirian mereka tidak kena. Saya sendiri tidak paksa siapa-siapa minta maaf... syukur mereka sedar," kata Dr. Mahathir.
Sementara itu, Zainon berasa lega kerana berpeluang meminta maaf kepada bekas Perdana Menteri itu.
Saya sebagai orang Islam, seperti mana kata Tun, orang Islam kena berdamai. Bila saya minta maaf dengan dia, saya telah melaksanakan tugas saya dan Tun pun dah telah memaafkan saya. Alhamdulillah saya lega. Memang saya tahu sikap Tun, itulah sikap dia (yang sudi memaafkan)," katanya

0 Komentar untuk "Dr. M Maafkan perancang pembunuhan beliau"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top