Info Putra Heights 2016

Daud Su cedera, kelantan risau

Kota Bharu: Kelantan kini gusar apabila tidak dapat turunkan pemain pertahanan, Mohd Daudsu Jamaluddin yang mengalami kecederaan, selain beberapa tonggak utama dibelenggu keletihan akibat jadual padat menjelang saingan suku akhir kedua Piala FA di Stadium Negeri, Sarawak, malam ini.

Bagaimanapun, kehadiran Obinna Nwaneri memberi kelegaan kepada ketua jurulatih Kelantan, Bojan Hodak yang berazam memberi tekanan kepada Sarawak dengan memburu jaringan awal.
Gempur cari gol awal


"Kami sudah ada kelebihan satu gol dan pemain perlu mencari jaringan awal bagi menyukarkan Sarawak. Dengan jaringan itu, pasukan lawan pasti lebih tertekan.

"Kami kehilangan Daudsu namun saya gembira kerana Nwaneri sudah dapat beraksi dan ia kembali menguatkan barisan pertahanan," katanya ketika dihubungi semalam.

Hodak berkata, penyerang berbahaya, Dickson Nwakaeme juga mengadu keletihan akibat jadual padat termasuk perlawanan saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) menentang SBH Da Nang di Vietnam 10 April lalu sebelum berdepan Tentera, dua hari berikutnya.
0 Komentar untuk "Daud Su cedera, kelantan risau"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top