Info Putra Heights 2016

Cara Dapatkan Baucer Nandos Percuma!

Korang tahu tak camne nak dapatkan baucer nandos rm10 secara percuma je? Meh aku kongsi skit caranya nak dapatkan baucer nandos percuma ni.
Korang mesti le mana-mana restoran nandos dan apply kad nandos dengan membayar rm10 untuk seumur hidup. Manfaatnya ialah korang akan dapat baucer rm10 untuk ke mana-mana restoran nandos. Sama je kan, bayar yuran rm10, dapat balik rm10, jadi macam free je jadi member nandos.
Kelebihan kad nandos - PERCUMA dessert dan hot beverage
Lagi kelebihannya, pada hari jadi korang, nandos akan bagi PERCUMA dessert dan hot beverage. Free je ni  woit. Aku bukan ejen nandos, aku nak kongsi je apa yang aku dapat ni.

Baucer Nando's pada hari jadi
Hah ni aku punya, korang jangan curik plak yer. Aku belum redeem lagi nih.
MY PERY DAY
Lagi satu masa daftar korang kena bagi satu hari istimewa dalam hidup korang, macam tarikh kahwin ke, tarikh dapat anak ke, boleh je sebab pada tarikh tu nandos akan bagi korang baucer lagih. Tarikh ni di namakan MY PERY DAY!
Maklumat dalam akaun Nando's online
Akaun Restoran Nandos Online
Lagi satu korang boleh kumpul point setiap kali makan kat restoran makanan nandos, rm1 = 1 point. Boleh daftar di nando.com.my, boleh login bila-bila masa saja untuk check point sebab dengan point tu nanti, korang boleh redeem menu percuma.
Peri points restoran Nando's
Contoh menu untuk redeem dengan Peri Points di restoran Nando's
Apa korang kena buat lepas ni?
Pergi restoran Nando's, lepas makan tu daftar le kat Nando's untuk menikmati kelebihan-kelebihan yang sepatutnya korang dapat kalau korang menyukai Nando's.
0 Komentar untuk "Cara Dapatkan Baucer Nandos Percuma!"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top