Info Putra Heights 2016

Advertorial - Samsung Galaxy S3 Mini

Selepas syarikat Korea, Samsung menghasilkan Galaxy S3, tidak siapa menjangkakan ia akan memasarkan versi mininya yang dinamakan Galaxy S3 mini beberapa bulan selepas versi asal dikeluarkan.




Namun itulah Samsung, cuba menghasilkan produk untuk menguasai pasaran telefon pintar apabila ada yang beranggapan S3 ditawarkan pada harga sedikit tinggi.





Ia sekali gus, menunjukkan rata-rata peminat sistem operasi (OS) Android daripada Google mengatakan kalau mahu melihat OS yang sempurna rekaan dan antaramukanya, Samsunglah pengeluar nombor satu dalam senarai.



Persoalannya, adakah ia berbaloi dengan nilai hanya RM999 yang ditetapkan Samsung?





Sebelum menjawab soalan itu, jom kita kenali ciri unik pada Samsung Galaxy S3 mini yang mempunyai pemprosesan Dual Core 1GHz serta saiz 4.0 inci Super AMOLED berbeza dengan S3 pada 4.8 inci HD 1280 x 720 piksel.





Baiklah, mungkin ada yang tertanya-tanya mengenai Dual Core 1GHz dan untuk menjawab kemusykilan itu, kita mudahkan dengan memberi contoh enjin kereta yang lagi besar kapasitinya, lagi laju ia bergerak di atas jalan.



Maknanya, lagi banyak nilai ‘teras’ dalam telefon itu, ia memberikan impak besar dalam operasi telefon.



Pastinya, ia jauh berbeza dengan kuasa S3 asal, namun disebabkan harganya murah, tahan sajalah.



Namun begitu, anda boleh buka laman web, bersosial di Facebook, Instagram atau Twitter, merakam foto dan bermacam-macam lagi dengan lancar tanpa perlu risau peranti anda ‘hang’ dengan cepat akibat ‘keliru’ ketika membaca banyak program.



Daripada aspek rekaan, saiz Galaxy S3 mini menampilkan paparan 4.0 inci dengan resolusi paparan biasa yang menarik bukan saja untuk operasi sebagai telefon bersaiz kecil, malah memastikan pengguna menikmati keupayaan hiburan mendalam dan pelayaran web pantas pada kejelasan skrin terbaik.



Aspek rekaan melengkung di bucu memang sesuai dan secocok di atas tapak tangan, tapi penguji lebih menggemari rekaan empat segi pada S2 dulu manakala sokongan bahan plastik pada kerangka meningkatkan rasa ergonomik peranti walaupun ia agak licin.



Jika bercakap mengenai skrinnya pula, Galaxy S3 mini dengan kualiti Super AMOLED yang mudah menewaskan produk lain di pasaran, malah tidak melebih-lebih jika penguji beranggapan, ia antara skrin telefon terbaik pernah dipegang.



Kualiti gambarnya juga unik, Samsung Galaxy S3 mini dengan paparan Super AMOLED boleh disifatkan berada di kelasnya tersendiri, apatah lagi ia sesuai jika anda mahu menonton filem atau melayari laman web, S3 mini memang jawapan terbaik.



Satu lagi ciri yang beroperasi secara bersepadu dengan peranti ini ialah penetapan Android 4.1 Jelly Bean yang terbukti menjadi OS lancar berbeza dengan ICS 4.0 sebelum ini.



Ia pantas memastikan pengalaman pengguna yang lancar dan responsif tidak seperti kebanyakan telefon Android lain, S3 mini mampu beroperasi dengan mudah walaupun skrin anda sarat dengan foto seni.



Hayat bateri Galaxy S3 mini (1,500mAh) yang biasa digunakan menyebabkan peranti penguji bertahan hingga satu hari dengan penggunaan aktif menggunakan aplikasi seperti Facebook dan Twitter.



Ia benar-benar mengejutkan penguji, apatah lagi saiz skrin besar dengan beberapa ciri pelancar yang tidak mengakibatkan penurunan meter bateri dengan cepat.



Kamera lima megapikselnya berbeza dengan 8.0MP pada abangnya, namun masih tarikan utama, malah Samsung perlu berterima kasih kepada OS Android 4.1 yang memperbaharui fungsi kamera dengan baik. Ia mampu merakam 0.01 milisaat untuk rakaman pertama sebaik kamera dibuka.



Satu fungsi yang kurang digemari pula ialah S-Voice yang dikatakan mengesan dan menjawab soalan ditujukan menerusi arahan suara, tapi apa saja soalan penguji akan dijawab ‘I don’t understand’. Fungsi terbabit masih perlu kemas kini serta penambahbaikan yang sewajarnya.



Jadi, adakah ia berbaloi? Tepuk dada tanya selera, goyang kocek dulu tengok duit! Kalau mahu membeli telefon dengan pantas, ambil saja S3 mini ini.





INFO:



Ciri: saiz 4.0 inci, pemprosesan 1GHz

Pro: Harga murah

Kontra: Bahan binaan terlalu plastik

Produk: Samsung Galaxy S3 mini

Harga: RM999

Pengeluar: Samsung

Pertanyaan: Samsung Malaysia

Laman Web: www.samsung.com.my



0 Komentar untuk "Advertorial - Samsung Galaxy S3 Mini"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top