Info Putra Heights 2016

TV mesra alam dari Panasonic

Tidak disangkalkan lagi, ternyata Panasonic bakal segera mengeluarkan kembali 11 model VIERA terbarunya pada tahun 2013 ini dan salah satu siri terbaiknya iaitu DT60 Series, meliputi model 55, 47 dan 42 inci.

Dengan dukungan kemampuan 3D yang lebih baik, panel LED IPS full HD ini juga memungkinkan sudut pandang 18 peratus lebih luas berbanding model-model sebelumnya.
Belum lagi dengan ketersediaan sistem speaker terbaru dengan built-in woofer membuat suara yang dihasilkannya terdengar lebih hidup dibanding sebelumnya.
TV mesra alam


Pengguna memiliki pilihan untuk menyesuaikan skrin yang ada melalui fungsi MY Home. Selain mendukung sambungan kabel, Panasonic SMART VIERA DT60 Series ini juga memiliki fungsi yang mesra alam Eco Navi yang dapat digunakan untuk menentukan kecerahan skrin mengikut keadaan dan kawasan selain masa menonton yang ketika ini digunakan secara automatik dapat membantu menjimatkan penggunaan elektrik.

Panasonic SMART VIERA DT60 Series ini sendiri dijadualkan bakal berada di pasaran Jepun pertengahan bulan hadapan dan bakal memasuki pasaran seluruh dunia secara berperingkat.
0 Komentar untuk "TV mesra alam dari Panasonic"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top