Info Putra Heights 2016

TAHNIAH - Tekad besar Norazlan

Shah Alam: Bertepatan dengan status penjaga gol paling berpengalaman, Norazlan Razali, 28, hadir tepat pada masa dan dilihat antara calon utama untuk terus diberi kepercayaan mengawal gawang Harimau Malaya dalam aksi Kelayakan Piala Asia 2015 bertemu Yaman di Stadium Shah Alam, Jumaat ini.

Jika sebelum ini perebutan lebih terarah kepada penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat dan Farizal Marlias dari Perak, prestasi cemerlang Norazlan yang dipamerkan ketika dimasukkan pada babak kedua ketika perlawanan menentang Arab Saudi di stadium sama kelmarin cukup menghiburkan dan memberi gambaran jelas hasrat pemain itu untuk menggalas tugas sebagai penjaga gol nombor satu negara.
"Prestasi pasukan di separuh masa pertama kurang menyerlah tetapi ia kembali ditingkatkan selepas memasuki babak kedua. Secara peribadinya, prestasi saya baik cuma sedikit kecewa apabila melepaskan dua gol.


Mahu terpilih lagi

"Saya akan terus baiki segala kelemahan yang ada. InsyaAllah peluang saya tetap ada dan terpulang kepada jurulatih untuk membuat pemilihan.

"Sebagai pemain, perkara utama adalah terus kerja keras ketika latihan dan jika diberi peluang, saya akan bagi yang terbaik buat pasukan," katanya yang dimasukkan di babak kedua ketika Harimau Malaya ketinggalan 2-0 di babak pertama.

Aksi cemerlang yang dipamerkan Norazlan menghadirkan rasa gembira buat peminat tempatan dan turut mendapat pujian daripada ketua jurulatih negara, Datuk K Rajagobal sekali gus merumitkan tugas pengendali itu membuat pilihan terbaik untuk menghadapi Yaman nanti
0 Komentar untuk "TAHNIAH - Tekad besar Norazlan "

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top