Info Putra Heights 2016

Spielberg kerjasama dengan syarikat India buat filem

MUMBAI - Pengarah filem terkenal Hollywood, Steven Spielberg merancang untuk menghasilkan sebuah filem di Kashmir yang terletak di sempadan antara India dan Pakistan, menurut satu laporan semalam.
Dia yang kini berada di Mumbai memberitahu akhbar The Times of India bahawa filem itu akan dikeluarkan oleh DreamWorks Studios miliknya dengan kerjasama syarikat Reliance Entertainment dari India.
 
Syarikat Reliance Entertainment itu diketuai oleh seorang taikun terkenal India, Anil Ambani.
Menurut Spielberg, skrip untuk filem berkenaan telah dimuktamadkan.
"Sebahagian penggambaran akan dibuat di sempadan India-Pakistan di Kashmir. Namun, kami masih cuba memikirkan para pelakon, lokasi lain dan siapa yang bakal mengarahkannya," kata Spielberg.
Pada malam kelmarin, pengarah berusia 66 tahun itu berucap di hadapan sejumlah pengarah filem India di sini pada majlis yang dihoskan pelakon legenda Bollywood, Amitabh Bachchan.
Spielberg terkenal menerusi beberapa filem seperti Jaws, E.T. dan Jurassic Park.

0 Komentar untuk "Spielberg kerjasama dengan syarikat India buat filem"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top