Info Putra Heights 2016

Ribuan ikan mati di tasik Brazil

RIO DE JANEIRO - Ribuan ekor ikan ditemui mati di Tasik Rodrigo de Freitas di sini sejak Isnin lalu, lapor agensi berita Reuters kelmarin.
Menurut pihak berkuasa alam sekitar Rio de Janeiro, lebih 12 tan ikan itu mati selepas ribut yang melanda awal minggu ini telah membawa bahan-bahan organik ke dalam tasik tersebut.
 
Ikan-ikan tersebut juga mati disebabkan kekurangan oksigen di dalam tasik berkenaan selepas pencemaran bahan-bahan organik itu.
Menurut pihak berkuasa itu, situasi itu akan berakhir apabila air laut pasang sekali gus membawa masuk air baharu ke dalam tasik tersebut.
2 Komentar untuk "Ribuan ikan mati di tasik Brazil"

sebelum perang sulu ni, pernah dengar pencemaran di perairan sabah..skang kat brazil pula yer...nasib baik punca dia berlainan..

kat brazil ni tak tahu le sebab apa Bitt, tapi mesti pencemaran ni.

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top