Info Putra Heights 2016

Rakyat Kelantan terima wang ihsan RM69 juta

KOTA BHARU 20 Mac - Sebanyak RM69 juta daripada RM70 juta wang ihsan yang diperuntukkan kerajaan Pusat sejak tiga tahun lalu telah disalurkan kepada rakyat yang berkelayakan di negeri ini.
Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) negeri, Datuk Makhtar Mustapha berkata, sebanyak RM23 juta digunakan untuk membantu 38,706 pelajar di negeri ini untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi (IPT).
 
Pendidikan
 
Beliau berkata, pada tahun ini, pihaknya menjangkakan 18,000 pelajar akan melanjutkan pelajaran ke IPT di seluruh negara.
"Sebahagian besar wang ihsan digunakan untuk pendidikan anak-anak negeri ini dan peruntukan lebih besar diperlukan bagi membantu mereka melanjutkan pelajaran pada tahun ini.

0 Komentar untuk "Rakyat Kelantan terima wang ihsan RM69 juta"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top