Info Putra Heights 2016

Obama kutuk Israel

BAITULMAQDIS 22 Mac - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama semalam mengkritik Israel atas halangan ketat negara itu terhadap penduduk Palestin, termasuk kegagalan memberi keadilan kepada mereka yang tertindas dan memusnahkan penempatan Palestin tanpa permit.
"Biarpun Israel mengenakan sekatan ketat terhadap penduduk Palestin, mereka juga berhak untuk mendapatkan keadilan dan diiktiraf.
 
"Adalah tidak adil jika kanak-kanak Palestin tidak dapat membesar di tanah kelahiran mereka sendiri," katanya ketika mleawat Tebing Barat semalam.
Obama dalam pada itu turut mengadakan pertemuan dengan Presiden Mahmoud Abbas bagi membincangkan proses damai di dunia Arab.
Pemimpin itu juga menggesa agar Israel dan Palestin mencapai perjanjian damai dengan segera bagi menyelesaikan segala konflik yang berlaku antara kedua-dua negara itu

0 Komentar untuk "Obama kutuk Israel"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top