Info Putra Heights 2016

Lamborghini Lancar Model Terbaru - Veneno

GENEVA 6 Mac - Kereta mewah keluaran negara Itali, Lamborghini melancarkan sirinya yang terbaru 'Veneno' sempena ulang tahun ke-50 syarikat tersebut.

Menurut Lamborghini, siri terbarunya ini dinamakan sempena nama lembu laga (Bull Fighting) yang terbunuh di matador 1914 dan merupakan model terpantas dalam kelangan kereta di jalan raya pernah dihasilkan.

Reka bentuknya hampir sama denga model sebelumnya, Aventador, dengan tambahan sayap boleh-laras, dan dapra lebih lebar serta penstabil berbentuk sirip yu bagi mengekalkan tekanan ke bawah ketika membelok.

Walaupun Lamborghini telah diambil alih oleh Volkswagon dalam perjanjian korporat sebelum ini, syarikat ini masih boleh mengekalkan imej 'parti' dalam setiap model terbarunya.

Veneno dikuasakan dengan enjin V12 membekalkan 750 kuasa kuda dan boleh mencapai kelajuan sehingga 221 bpj turut dilengkapi saluran penyejukan di seluruh badan kereta ini yang aerodinamik bagi membantu penyejukan enjin.

Walaubagaimanapun hanya tiga model sahaja akan dijual dengan setiap satu diwarnai dengan salah satu dari tiga warna dalam bendera Itali - hijau, putih dan merah.

Harga bagi setiap satu adalah diantara 3 juta hingga 3.9 juta Euro.
0 Komentar untuk "Lamborghini Lancar Model Terbaru - Veneno "

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top