Info Putra Heights 2016

LAHAD DATU - Mayat 28 pengganas Kiram dikebumi sementara di lokasi rahsia

LAHAD DATU 20 Mac - Kesemua 28 mayat kumpulan pengganas Kiram yang telah selesai dibedah siasat dan dikenal pasti menerusi ujian asid deoksiribonukleik (DNA) akan dikebumikan sementara di lokasi yang dirahsiakan.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, kesemua mayat itu dijangka dikebumikan dalam tempoh terdekat.
 
Menurut beliau, keputusan mengebumikan mayat-mayat tersebut dibuat selepas satu mesyuarat melibatkan Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Luar, Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Peguam Negara.
Pengebumian sementara itu adalah untuk mengekang masalah kesihatan yang mungkin timbul, selain mengatasi masalah kekurangan bilik mayat di Hospital Lahad Datu dan Tawau," katanya dalam sidang akhbar di Felda Sahabat 16 di sini hari ini.
 
Waris boleh tuntut
 
Bagaimanapun, Khalid berkata, pihaknya sedia bekerjasama dengan mana-mana waris yang mahu menuntut mayat pengganas berkenaan.
Katanya, mereka yang ingin menuntut mayat tersebut perlu mengemukakan sampel DNA bagi dipadankan dengan maklumat diperoleh pasukan keselamatan.
Tambah beliau, sekiranya sampel yang diserahkan kepada pasukan keselamatan sepadan dengan maklumat yang ada, maka mayat itu akan diserahkan kepada individu atau kumpulan yang menuntut.

0 Komentar untuk "LAHAD DATU - Mayat 28 pengganas Kiram dikebumi sementara di lokasi rahsia"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top