Info Putra Heights 2016

LAHAD DATU - Guru didakwa hina pasukan keselamatan digantung tugas

KOTA BHARU — Seorang guru lelaki yang didakwa menghina anggota pasukan keselamatan berhubung isu pencerobohan pengganas di Lahad Datu, Sabah digantung perkhidmatan mulai semalam, kata Pengarah Pelajaran Negeri (JPN) Kelantan, Hussain Awang.
 
"Tindakan ke atas guru terbabit berkuat kuasa sehingga kes itu selesai disiasat polis," kata Hussain kepada pemberita pada majlis pengumuman keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia 2012 di sini hari ini.
 
Guru sebuah sekolah rendah di jajahan Pasir Puteh itu dilaporkan membuat kenyataan menghina pasukan keselamatan sebagai "anjing" dan menganggap kematian mereka sebagai "mati katak" dalam laman sosial Facebook.
 
Dalam pada itu, polis hari ini mendapat perintah di Mahkamah Majistret Pasir Puteh untuk menyambung reman selama tiga hari lagi terhadap guru berusia 37 tahun itu.
Guru itu pada mulanya ditahan Khamis lalu di sebuah rumah di Jalan Panglima Raja, Kampung Gong Serapat, Pasir Puteh.

0 Komentar untuk "LAHAD DATU - Guru didakwa hina pasukan keselamatan digantung tugas"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top