Info Putra Heights 2016

LAHAD DATU - Filipina pintas bot bawa pengikut Jamalul Kiram

MANILA 13 Mac - Unit rondaan Tentera Laut Filipina pagi ini memintas dua buah bot yang membawa kira-kira 35 pengikut Jamalul Kiram III di sekitar perairan wilayah Tawi-Tawi.
Jurucakap Tentera Laut Filipina, Leftenan Komander Gregory Fabic berkata, bot itu dipintas sewaktu berada di perairan bandar Andoligan pada kira-kira pukul 6.30 pagi.
 
Katanya, unit rondaan Tentera Laut Filipina turut merampas senjata api dan peluru daripada kedua-dua bot itu.
Katanya, seorang daripada pengikut Jamalul Kiram yang ditahan itu merupakan seorang wanita.
Beliau berkata, tidak dapat dipastikan sama ada bot itu sedang menuju ke Sabah.

0 Komentar untuk "LAHAD DATU - Filipina pintas bot bawa pengikut Jamalul Kiram"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top