Info Putra Heights 2016

LAHAD DATU - 'Apa kit amahu buat dengan bagkani2 ini ' kata penganas sulu

SEMPORNA 13 Mac - "Apa kita mahu buat dengan bangkai-bangkai ini? Sudah aku tatak (penggal) kepala mereka."Itu adalah antara kata-kata penuh penghinaan dan biadab pengganas Sulu selepas membunuh anggota keselamatan negara dalam serangan hendap di Kampung Simunul, di sini 2 Mac lalu.
Percakapan pengganas Sulu itu didengari dengan jelas anggota pasukan keselamatan negara yang terlibat dalam misi membantu barisan hadapan yang terkorban.
 
Menceritakan lebih lanjut, anggota pasukan keselamatan yang enggan namanya disiarkan berkata, dia mendengar dengan jelas percakapan pengganas Sulu itu dari rumah persembunyian mereka kononnya untuk menggerunkan pasukan keselamatan negara dan meraikan 'kejayaan' mereka.
 
Walau bagaimanapun, katanya, dalam usaha menyelamatkan anggota keselamatan itu beberapa das tembakan dilepaskan pengganas Sulu menyebabkan dia dan anggota keselamatan lain mencari perlindungan.

0 Komentar untuk "LAHAD DATU - 'Apa kit amahu buat dengan bagkani2 ini ' kata penganas sulu"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top