Info Putra Heights 2016

Komando VAT 69 serang penceroboh

LAHAD DATU 5 Mac - Kini fasa kedua serangan sedang dilancarkan oleh pasukan keselamatan setelah UAV (Unmanned Air Vehicle) atau pesawat kawalan jauh tanpa juruterbang digunakan bagi melihat tahap kemusnahan lokasi musih yang telah dibom untuk tindakan susulan dan selanjutnya.
Difahamkan, sejurus selesai tugas UAV melaksanakan misi itu, pasukan komando VAT 69 Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memasuki dan menggempur musuh serta menghabiskan saki-baki penceroboh.
 
Pasukan tentera dari Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) pula dikerah untuk membuat back up.
Kerjasama antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan PDRM sehingga kini berjalan lancar dan memberi impak yang cukup ketara dalam misi menyelamatkan negara.
0 Komentar untuk "Komando VAT 69 serang penceroboh"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top