Info Putra Heights 2016

Justin Bieber pengsan

KECEWA lagi. Penyanyi yang popular dengan lagu Boyfriend, Justin Bieber sekali lagi mengecewakan peminatnya apabila pengsan dan dimasukkan ke hospital kerana masalah pernafasan.
 
Bieber,19, pengsan ketika melakukan persembahan di London, Khamis lalu walaupun tidak selesa sepanjang persembahan.
Dengan bantuan oksigen, penyanyi remaja itu kembali membuat persembahan sebelum dikejarkan ke hospital.
 
Menurut pengurusnya, Scooter Braun, Bieber tidak mengalami masalah kesihatan sebelum konsert.
Ini bukan masalah pertama yang dihadapi Bieber untuk konsert Bieber apabila penyanyi itu turut tiba dua jam lambat pada konsertnya Selasa lalu.
 
Kelewatan itu menimbulkan kemarahan peminat apabila ramai di antara mereka yang terpaksa pulang awal kerana masih bersekolah.
Justin Bieber tampil di 02 Arena di London sebagai sebahagian daripada konsert jelajahnya seluruh dunia.
0 Komentar untuk "Justin Bieber pengsan"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top