Info Putra Heights 2016

Jamalul Kiram dulu kata sanggup mati, kini...

MANILA - Seorang warga Filipina yang mengaku sebagai Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram III semalam memberitahu para pengikutnya supaya berhenti bertempur selepas seminggu berlaku pertempuran dengan pasukan keselamatan Malaysia di Sabah.
 
Jurucakap Jamalul Kiram di sini menyatakan pihaknya mengisytiharkan 'gencatan senjata sebelah pihak' sebagai reaksi terhadap desakan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon supaya pertempuran ditamatkan dan penyelesaian secara aman dilakukan.
Lebih 200 pengikut Jamalul Kiram menceroboh Kampung Tanduo di Lahad Datu, Sabah pada 12 Februari lalu untuk menuntut tanah warisan Kesultanan Sulu.
 
"Tentera kami akan berada dalam kedudukan bertahan," kata jurucakap itu, Abraham Idjirani.
Menurutnya, para pengikut itu tidak akan melakukan sebarang tindakan.
"Para pengikut itu akan kekal berada di tempat mereka sekarang.
"Mereka tidak akan meluaskan operasi," katanya.
 
Menurut Idjirani, pihaknya berharap Malaysia turut melakukan gencatan senjata.
Menurutnya, gencatan senjata itu dilakukan sehingga PBB mengeluarkan mekanisme komprehensif berhubung pengunduran tentera Kesultanan Sulu.
Bagaimanapun, pengunduran itu tidak bermakna pihaknya menggugurkan tuntutan tanah di kawasan itu.

0 Komentar untuk "Jamalul Kiram dulu kata sanggup mati, kini..."

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top