Info Putra Heights 2016

Ibu Zhen Zhong terima ugutan minta wang tebusan RM80,000

Petaling Jaya: Mahkamah Koroner di sini semalam diberitahu ibu kepada kanak-kanak malang, William Yau Zhen Zhong, 6, menerima panggilan ugutan meminta wang tebusan RM80,000.

Goh Ying Ying, 26, dalam keterangannya, berkata panggilan itu diterima empat hari selepas anak keduanya dilaporkan hilang di Putra Heights.
"Saya terima panggilan pertama pada 20 Januari lalu memberitahu sekiranya mahu Zhen Zhong dikembalikan, kami perlu mengumpul RM80,000 dalam dua hari.


Dengar suara kanak-kanak

Menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Lee Keng Fatt, Ying Ying berkata, dia turut mendengar suara kanak-kanak memanggil 'mummy' sewaktu menerima panggilan, namun tidak dapat dipastikan sekiranya suara itu milik anaknya.

Katanya, dia cuba menghubungi semula nombor berkenaan untuk mendengar suara anaknya, bagaimanapun ia tidak dijawab.

Ying Ying adalah saksi ketiga dalam prosiding inkues menyiasat kematian Zhen Zhong, yang mayatnya ditemui mati di Sungai Sireh, Pelabuhan Klang pada 24 Januari lalu.
Pada 16 Januari lalu, Zhen Zhong dilaporkan hilang oleh ibu bapanya dan sembilan hari kemudian, mayat kanak-kanak itu ditemui tersangkut pada tepi bot nelayan di Jeti Sungai Sireh.

Menjawab soalan, Kok Kang memberitahu dia dapat mengenal pasti mayat anaknya berdasarkan baju yang ditemui pada mangsa dan bentuk kepala serta parut yang terdapat di dahi kiri.

Katanya, sebelum ini Zhen Zhong pernah mengalami kecederaan akibat tersandung di tangga dan luka di dahi sehingga meninggalkan parut.

Prosiding kes akan bersambung semula di depan Koroner Mohd Hezril Shaharil selama tiga hari mulai 22 April ini.
0 Komentar untuk "Ibu Zhen Zhong terima ugutan minta wang tebusan RM80,000"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top