Info Putra Heights 2016

Fujifilm boleh bantu Microsoft saingi Apple

Tokyo: Fujifilm Holdings Corp, pengeluar kamera dan filem, mungkin boleh membantu Microsoft Corp dan industri komputer peribadi (PC) untuk menyaingi semula Apple Inc.

Fujifilm yang berpengalaman menghasilkan paparan sesentuh lebih murah boleh membantu memandangkan laptop dan PC dengan fungsi sesentuh adalah mahal untuk dihasilkan.
Ia susulan sensor diperbuat daripada bahan yang dikenali indium timah oksida atau ITO.


Fujifilm dan beberapa syarikat lain termasuk Atmel Corp dan Uni-Pixel Inc menghasilkan pendekatan baru dan lebih murah yang bergantung kepada logam berlainan.

Ia bagi membantu industri mengurangkan kebergantungan kepada ITO sekali gus mengatasi salah satu daripada halangan terbesar untuk menambah fungsi sentuhan ke skrin PC.

Meningkatkan cabaran

Hanya 13 peratus daripada komputer riba tahun ini akan ditawarkan dengan fungsi sesentuh, meningkatkan cabaran kepada Microsoft dan pengeluar PC seperti Hewlett-Packard Co dan Dell Inc yang cuba meningkatkan saingan kepada Apple yang mula menjual peranti dengan skrin sesentuh sejak 2007.
Keseluruhan industri berusaha menggantikan ITO sejak beberapa tahun, kata Cody Acree, penganalisis Williams Finan-cial Group Inc di Dallas dalam satu temubual.

Memasukkan fungsi sentuhan dalam skrin 23 hingga 27 inci akan membabitkan kos sehingga AS$180 (RM557.75), kata Acree.

Beliau menganggarkan, komputer lebih kecil dan tablet dengan skrin sehingga 11.6 inci, ia akan menambah kos sekitar AS$45 (RM139.94).

Jualan PC kurang memberangsang

Windows 8 dari Microsoft, sistem operasi pertama yang direka dengan teknologi sentuhan dijual pada Oktober.

Ia bagaimanapun menempuh jalan sukar ekoran permintaan kurang memberangsangkan di tengah-tengah kelembapan ekonomi, harga yang tinggi dan kekurangan fungsi skrin sesentuh.

Jualan PC akan menyusut 1.3 peratus tahun ini selepas jatuh 3.7 peratus tahun lalu, demikian menurut IDC.

Kami melihat peningkatan cabaran dalam ekosistem bagi mempelajari berhubung keperluan saiz skrin baru dan pilihan pelbagai untuk peranti, kata Mark Martin, jurucakap Redmond, anak syarikat Microsoft berpangkalan di Washington.
0 Komentar untuk "Fujifilm boleh bantu Microsoft saingi Apple"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top