Info Putra Heights 2016

FAM siasat Raja!

Pengendali Harimau Malaya, Datuk K Rajagobal memberi arahan kepada pemain pada sesi latihan di Kelana Jaya, semalam. - Foto Goh Thean Howe
Kuala Lumpur: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) melihat ada sebab untuk Datuk K Rajagobal disoal siasat gara-gara 'terlepas cakap' mengkritik dasar badan induk itu membenarkan pemain import beraksi dalam Liga Malaysia (Liga-M).
FAM siasat Raja!

Faktor itu dikaitkan sebagai punca skuad Harimau Malaya tewas kepada Arab Saudi, Ahad lalu.
Tarikh ditetapkan oleh Jawatankuasa Tatatertib untuk mengkaji sama ada wujud kes ke atas ketua jurulatih itu adalah pada 27 atau 28 Mac ini selepas mesyuarat jawatankuasa berkenaan tidak sempat meneliti sepenuhnya komen Rajagobal mengenai topik 'tiada penyerang' itu ketika menumpu kepada kes pergaduhan pemain Selangor dan Tentera, semalam.


Raja nafi tak kata

"Perkara itu (komen Rajagobal) kita tengok sepintas lalu saja tadi (semalam) sebab sudah terlampau lambat (mesyuarat lebih tiga jam). Mungkin ia akan dibawa ke mesyuarat seterusnya.

"Ada kes atau tidak, itu jawatankuasa tatatertib akan putus terlebih dahulu sebelum tindakan susulan dibuat," kata Penolong Setiausaha Agung FAM, Datuk Ahmad Fuad Daud ketika ditemui di Wisma FAM, Kelana Jaya, petang semalam.

0 Komentar untuk "FAM siasat Raja!"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top