Info Putra Heights 2016

efamilyexpert.com - dapat nasihat online isu rumahtangga

BANGI — Orang ramai kini berpeluang mendapatkan konsultasi mengenai isu rumah tangga melalui internet yang dibangunkan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
 
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, portal itu boleh dilayari di efamilyexpert.com.
"Ia memberi peluang kepada mereka yang malu atau mempunyai masa yang terbatas untuk berjumpa dengan pakar atau pihak-pihak berkenaan bagi mendapatkan nasihat mengenai isu-isu terbabit," katanya selepas melancarkan portal itu di Institut Latihan Islam Malaysia di sini hari ini.
 
Mengulas lanjut mengenai portal itu, Rektor UIAM, Prof. Datuk Seri Dr. Zaleha Kamarudin berkata, selain menempatkan maklumat dan tip mengenai isu berkaitan rumah tangga, ia juga memuatkan ruangan untuk para pelayar bertanya sebarang soalan kepada pakar.
 
Pada masa ini, pakarnya termasuk dari Sukarelawan Peguam serta Persatuan Peguam Muslim dengan perancangan untuk memasukkan ahli psikiatri, psikologi dan kaunselor di masa depan, katanya
0 Komentar untuk "efamilyexpert.com - dapat nasihat online isu rumahtangga"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top