Info Putra Heights 2016

Dengar suara mirip William - Ibu

PETALING JAYA 12 Mac - Ibu William Yau Zhen Zhong, Goh Ying Ying mendakwa dia mendengar suara mirip anaknya memanggil 'mummy... mummy' ketika menerima satu panggilan telefon daripada seorang lelaki yang tidak dikenalinya, enam hari selepas kehilangan kanak-kanak tersebut.
Saksi ketiga itu memberitahu Mahkamah Koroner di sini hari ini bahawa lelaki berbangsa Cina yang bercakap dalam loghat Kantonis turut meminta wang tebusan RM80,000 sekiranya mahu William dikembalikan ke pangkuan keluarganya.
 
Ying Ying, 26, berkata, dia menerima panggilan telefon daripada nombor yang sama selama beberapa hari untuk mendapat kepastian sama ada wang tersebut sudah disediakan atau sebaliknya.
"Tapi bila saya cuba hubungi nombor tersebut, telefon tersebut tidak aktif," katanya ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Lee Keng Fatt yang membantu prosiding inkues siasatan kematian kanak-kanak tersebut.

0 Komentar untuk "Dengar suara mirip William - Ibu"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top