Info Putra Heights 2016

18 calon dapat 5A dalam STPM 2012

KUALA LUMPUR - Seramai 47,884 atau 92.67 peratus calon lulus sekurang-kurangnya satu mata pelajaran dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2012 berbanding 46,705 calon (92.19 peratus) pada tahun sebelumnya.
 
Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Prof. Datuk Dr. Mohd. Noh Dalimin berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 2,709 calon atau 5.24 peratus lulus penuh dalam lima mata pelajaran manakala calon yang lulus dalam empat mata pelajaran berjumlah 21,779 calon (42.15 peratus).
 
"Seramai 10,029 calon (19.41 peratus) lagi lulus penuh tiga mata pelajaran, 7,299 calon (14.13 peratus) lulus penuh dua mata pelajaran dan 6,068 calon (11.47 peratus) lulus penuh satu mata pelajaran.
"Jumlah calon yang mendapat lulus penuh dalam lima dan empat mata pelajaran telah meningkat sebanyak 1,253 calon, iaitu daripada 23,246 calon (45.89 peratus) pada tahun 2011 kepada 24,488 calon (47.39 peratus) bagi tahun lepas," katanya ketika mengumumkan keputusan peperiksaan STPM 2012 di sini hari ini.
 
Mengenai prestasi pelajar, Mohd. Noh berkata, 18 calon telah mencapai keputusan cemerlang Gred A dalam lima mata pelajaran yang diambil berbanding 12 calon pada tahun sebelumnya

0 Komentar untuk "18 calon dapat 5A dalam STPM 2012 "

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top