Info Putra Heights 2016

'Tandas terapung terbesar' berlabuh

MOBILE, Alabama - Penderitaan para penumpang kapal persiaran Carnival Triumph bakal berakhir apabila ia mendarat di sini semalam.Kapal itu sebelum ini mengalami masalah bekalan air dan elektrik apabila enjinnya terbakar sehingga menyebabkan ia terpaksa ditunda ke sebuah pelabuhan di sini.
Kira-kira 4,000 orang menaiki kapal tersebut semasa ia hanyut sejak berlepas dari Galveston, Texas pada minggu lalu.
 
Kebakaran itu berlaku pada Ahad lalu menyebabkan kapal tersebut hanyut dan ditunda dengan menggunakan bot.
Beberapa penumpang mengadu kepada saudara-mara mereka tentang keadaan kotor di atas kapal tersebut selepas berlaku kebakaran itu selain kesukaran untuk mendapatkan makanan.
Para penumpang turut mengadu bau busuk dan najis di atas lantai.
Ramai penumpang yang tidur di dek untuk mendapatkan udara segar.
Seorang penumpang, Jamie Baker bercakap kepada stesen televisyen NBC bahawa tiada bekalan elektrik di atas kapal berkenaan manakala hanya beberapa buah tandas berfungsi.
Wanita tersebut menyatakan dia terpaksa menggunakan beg plastik untuk pergi ke bilik air dan menunggu dalam barisan selama beberapa jam untuk mendapatkan makanan.
 
Baker berkata, dia melihat seorang wanita memotong barisannya.
Menurutnya, dia dan beberapa rakannya terpaksa memakai jaket keselamatan semasa tidur pada satu malam kerana kapal berkenaan berada dalam keadaan senget.
Syarikat Carnival Cruise Lines meminta maaf berhubung penderitaan para penumpang.
Menurut pihak syarikat itu, ia akan membiayai kos penghantaran penumpang ke beberapa buah bandar di Texas.
Seorang lagi penumpang, Renne Shanar memberitahu saudara kandungnya, Vivian Tilley bahawa kabin tidurnya amat panas dan berbau seperti asap keluar dari enjin

0 Komentar untuk "'Tandas terapung terbesar' berlabuh"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top