Info Putra Heights 2016

Star S1 Android 4.1 - Telefon pintar mampu milik

Ucapkan selamat tinggal kepada telefon bimbit lama anda dan mulakan tahun baharu dengan memiliki telefon pintar Android pertama anda dengan Star S1.Star Mobile Sdn. Bhd., pemaju peralatan Internet mudah-alih berprestasi tinggi, telah mengumumkan ketibaan Star S1 di pasaran Malaysia, telefon pintar Android yang paling mampu dimiliki orang ramai.
 
Dengan Sistem Operasi Android 4.1 Jelly Bean dan dikuasakan oleh prosesan dwi teras 1GHz Cortex™ A9 daripada ARM merentasi 5.3 inci paparan berdefinisi tinggi, Star S1 memberi permulaan gaya hidup celik teknologi agar dapat berhubung dengan alat-alat komunikasi terkini.
 
Selain itu, kemudahan tersebut membolehkan rakaman gambar yang berdefinisi tinggi dibuat.
Star S1 menawarkan pengalaman tontonan terbaik dengan resolusi 960X540 pada paparan definisi tinggi 5.3-inci QHD.
Reka bentuk anggun dan inovatif ini, dengan paparan skrin lebar seolah-olah pengalaman di pawagam, membolehkan anda menikmati tontonan dengan selesa.
Prosesan dwi teras 1GHz Cortex™ A9 meningkatkan pengalaman pengguna
Star S1 daripada ARM, sebuah PowerVR™ Series5 SGX GPU (unit pemprosesan grafik) daripada Imagination Technologies, mod 3G/HSPA MediaTek yang terbukti memberi pengalaman tontonan lebih baik.
 
Bateri 2800 mAh Star S1 pula menjanjikan perhubungan dan hiburan sepanjang hari.
Dua slot SIM untuk pilihan yang lebih baik Star S1 mempunyai dua slot SIM untuk membolehkan anda memilih pelan data 3G dan pelan panggilan suara yang sesuai dengan situasi kewangan anda.
Dua slot SIM juga membolehkan anda membezakan antara ruang tempat kerja dan ruang peribadi dalam menentukan profesionalisme di tempat kerja.
 
Internet Mudah-Alih dengan sistem operasi Android 4.1 Jelly yang canggih
Nikmati kehebatan aplikasi Android dengan sistem operasi Android 4.1 Jelly-Bean di dalam Star S1 yang mempunyai interface yang mesra pengguna.
Ini seterusnya memudahkan hubungan komunikasi serta meningkatkan keseronokan permainan online anda.
0 Komentar untuk "Star S1 Android 4.1 - Telefon pintar mampu milik"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top