Info Putra Heights 2016

Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin runtuh buat kali kedua - MB kata kontraktor kren terlepas alat masa angkat barang

MARANG - Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said menafikan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin runtuh buat kali kedua semalam, selepas kejadian runtuhan berlaku pada Jun 2009, yang menyebabkan sebahagian bumbung di granstand utama stadium itu runtuh.
Menurut beliau, kejadian yang menyebabkan pekerja di stadium berkenaan cedera selepas struktur keluli pada bumbung stadium yang sedang diperbaiki dikatakan runtuh itu adalah berpunca daripada kecuaian pihak kontraktor menjalankan kerja.
 
"Bukan runtuh, ini tak betul (jika stadium itu dikatakan) runtuh. Dia (pekerja kontraktor) sedang angkat (peralatan pembinaan) menggunakan kren tetapi terlepas (dan menyebabkan kecederaan itu). Dan itu adalah tanggungjawab dia (kontraktor).
"Bukan runtuhan, itu tanggungjawab kontraktor (kerana) tidak menjaga keselamatan. Ini yang tidak betul (mengenai runtuhan itu) kerana kerja-kerja sedang berjalan, jadi benda yang dipegang (kren) terlepas menyebabkan ia berlaku," katanya.
 
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai bumbung Stadium Sultan Mizan di Gong Badak, Kuala Terengganu yang sedang diperbaiki, dikatakan runtuh semalam, selepas melawat dua mangsa kebakaran di Kampung Titian Baru, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu, tiga pekerja terperangkap di bawah runtuhan namun berjaya diselamatkan dan dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk mendapatkan rawatan.
0 Komentar untuk "Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin runtuh buat kali kedua - MB kata kontraktor kren terlepas alat masa angkat barang"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top