Info Putra Heights 2016

Puteri Arab Saudi diugut bayar RM1.5ja

London: Kerabat diraja Arab Saudi, Puteri Basmah Binti Saud bin Abdulaziz bertindak membuat pendedahan selepas komputernya digodam dan diugut rakaman video gambarnya akan disiarkan kepada umum, kecuali jika beliau membayar sejumlah wang.
Walaupun bukan rakaman seks, video terbabit yang menunjukkan puteri berkenaan tidak bertudung, merokok dan melontarkan ciuman ke arah kamera dilihat sebagai satu skandal bagi masyarakat Arab Saudi.

Saya rasa terpukul secara fizikal, psikologi dan mental," Puteri Basmah, Kerabat Diraja Saudi
Islam sederhana

Akhbar British, Sunday Tele-graph melaporkan bahawa Puteri Basmah, seorang Islam sederhana dan juga aktivis hak asasi manusia berkata beliau menerima ugutan agar membayar £320,000 (RM1.5 juta) jika tidak mahu rakaman itu disiarkan kepada umum.

Basmah, 48 yang tinggal di Britain memutuskan untuk menangani sendiri perkara itu walaupun ia mungkin memberi kesan kepada ibu lima anak itu.
Basmah berkata beliau ada berkenalan dengan seorang rakan melalui Facebook ketika percutian di Scotland.
"Beliau menghantar mesej dan memberitahu tertarik dengan kerja saya, meminati tulisan saya dan saya sebagai seorang wira dalam dunia Arab," katanya.

Puteri itu dan lelaki yang digelarnya 'Sheikh mula berbual melalui panggilan video Skype, di mana lelaki terbabit menyatakan keinginan untuk berjumpanya secara peribadi, menyebabkan beliau mula curiga.

"Saya rasa terpukul secara fizikal, psikologi dan mental," katanya kepada Sunday Telegraph.

Basmah yakin bahawa Sheikh terbabit mempunyai hubungan dengan seseorang di Twitter yang menggunakan nama Mujtahhid, perisik Arab Saudi yang dikenali membocorkan maklumat melalui akaun Twitter mengenai keluarga diraja Saudi
0 Komentar untuk "Puteri Arab Saudi diugut bayar RM1.5ja"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top