Info Putra Heights 2016

Nilai kekayaan 40 individu RM195b

pix_gal0
Nilai kekayaan 40 individu paling kaya di Malaysia meningkat kepada RM194.86 bilion tahun ini, berbanding RM193.2 bilion tahun lalu, demikian mengikut senarai terbaru majalah perniagaan, Malaysian Business.

Bilangan individu Malaysia yang mempunyai aset bernilai lebih RM1 bilion juga bertambah kepada 31 orang daripada 30 tahun lalu.
Tiga pendatang baru yang membuat kemunculan sulung dalam senarai itu ialah Datuk Desmond Lim dari Pavilion REIT yang menduduki tempat ke-15 dengan nilai kekayaan RM1.869 bilion, Datuk Tan Heng Chew yang menguasai Tan Chong Motors Holding di tempat ke-37 serta Tan Sri Kua Sian Kooi dari KSK Group pada kedudukan ke-40.

Peneraju kumpulan Kuok Brothers, Robert Kuok Hock Nien, kekal sebagai orang paling kaya dalam senarai itu dengan kekayaan bernilai RM46.1 bilion, meningkat daripada RM45.7 bilion tahun lalu.

T Ananda Krishnan yang memiliki kekayaan bernilai RM32.9 bilion berada di tempat kedua meskipun jumlah itu menurun 23.5 peratus berbanding setahun sebelumnya, sementara Tan Sri Teh Hong Piow, yang menguasai kumpulan Public Bank, mengekalkan kedudukannya di tempat ketiga dengan kekayaan RM13.73 bilion.

Tan Sri Quek Leng Chan menduduki tangga keempat menerusi penguasaannya dalam kumpulan Hong Leong dan Guoco Group dengan kekayaan berjumlah RM11.09 bilion. Beliau menggantikan tempat Tan Sri Lee Shin Cheng dari IOI Group yang kini jatuh tempatan ke-6 dengan dengan aset bernilai RM10.56 bilion.

Kekal kedudukan
Di tempat kelima ialah pemilik Yayasan AlBukhary, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary. Beliau juga mengekalkan kedudukan sebagai Bumiputera paling kaya dalam senarai itu dengan nilai kekayaan RM10.60 bilion, meningkat 11.2 peratus daripada RM9.53 bilion tahun lalu.

Ketua Eksekutif Kumpulan Genting, Tan Sri Lim Kok Thay dan ibunya, Puan Sri Lee Kim Hua pula masing-masing mengekalkan kedudukan ketujuh dan kelapan mereka. Kekayaan Lim meningkat 7.06 peratus kepada RM8.12 bilion manakala Lee meraih peningkatan 9.82 peratus kepada RM7.23 bilion.

Menduduki tempat kesembilan ialah Tan Sri Tiong Hiew King, menerusi Rimbunan Hijau Sdn Bhd, dengan aset bernilai RM6.35 bilion, jatuh 1.01 peratus berbanding tahun lalu, sementara di tempat ke-10 ialah jutawan hartanah, Ong Beng Seng yang memiliki kekayaan kekayaan bernilai RM4.02 bilion menerusi Hotel Properties Ltd yang berpangkalan di Singapura.
0 Komentar untuk "Nilai kekayaan 40 individu RM195b"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top