Info Putra Heights 2016

Nasharudin jadi korban politik Pas

MARANG - Pas terpaksa mengorbankan bekas Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa demi cita-cita politik.Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tindakan itu membuktikan Pas akur dengan desakan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang memang tidak menyenangi Nasharudin sejak tercetusnya idea muzakarah dan mewujudkan kerajaan perpaduan bersama UMNO dipelopori Ahli Parlimen Bachok itu.
 
Katanya, Nasharudin benar-benar serius mengenai kepentingan Islam serta orang Melayu dan tidak bertindak atas kepentingan politik semata-mata.
"Beliau komited mahu melihat penyatuan ummah dan Islam dan pemergiannya ke Gaza juga untuk memberi sokongan kepada rakan-rakannya di Palestin yang telah diperjuangkan lama sebelum ini.
"Pas memecatnya daripada Majlis Syura kerana lebih mengutamakan kepentingan politik berbanding perpaduan umat Islam," katanya kepada pemberita pada program Sehari Bersama Pelanggan di sini semalam.

0 Komentar untuk "Nasharudin jadi korban politik Pas "

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top