Info Putra Heights 2016

NASA bina sistem asteroid

WASHINGTON 19 Feb. - Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), beberapa universiti dan kumpulan swasta di Amerika Syarikat (AS) sedang membangunkan sistem amaran asteroid yang boleh mengesan kehadiran sebarang objek dari angkasa lepas.
Sistem yang diberi nama Sistem Amaran Pengesan Asteroid (ATLAS) tersebut dihasilkan ekoran kejadian tujahan meteorit yang melanda Rusia pada minggu lalu.
 
Kejadian itu menghasilkan gelombang kuat yang memecahkan tingkap kaca lebih 5,000 bangunan di wilayah tengah Rusia dan juga mencederakan lebih 1,200 penduduk tempatan.
Bagaimanapun, agensi angkasa AS menegaskan bahawa fenomena yang berlaku itu merupakan kejadian yang sangat jarang berlaku.
 
Pengurus Projek NEO, Lindsey Johnson berkata, terdapat berjuta-juta objek yang berterbangan berhampiran bumi, manakala separuh daripadanya merupakan objek kecil yang sukar dikesan.
Menerusi sistem ATLAS, pasukan saintis berupaya mengesan sebarang objek yang berada pada jarak 45 meter dari bumi dalam tempoh seminggu sebelum ia jatuh ke bumi.
Bagi jarak yang lebih jauh, sistem tersebut boleh mengesan sebarang objek dalam tempoh tiga minggu.
Sistem tersebut dibangunkan bertujuan memberi amaran keselamatan kepada penduduk agar kesan kemusnahan atau kematian dapat dikurangkan.
Sistem tersebut dijangka beroperasi pada hujung 2015
0 Komentar untuk "NASA bina sistem asteroid"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top