Info Putra Heights 2016

Messi makhluk luar biasa

LONDON - Pengurus Arsenal, Arsene Wenger menganggap bintang sensasi Barcelona, Lionel Messi seperti makhluk yang datang dari planet lain.Wenger berkata demikian selepas melihat bakat luar biasa yang dimiliki Messi sehingga diobatkan selaku penerima anugerah Pemain Terbaik Dunia buat kali keempat berturut-turut bulan lalu.Pada pandangan Wenger, kemuncak prestasi Messi adalah ketika penyerang kelahiran Argentina itu meledak empat gol bagi membantu Barcelona menewaskan Arsenal dalam aksi suku akhir Liga Juara-Juara 2010.
 
"Messi datang dari planet berbeza. Sudah pastinya dia pemain terbaik di dunia yang pernah saya lihat tetapi saya percaya pada tahun ini, dia benar-benar layak dianugerahkan apa yang telah dilakukan secara individu.
"Buat pertama kali, dia berjaya memenangi anugerah itu secara peribadi kerana dia tidak memenangi Liga Juara-Juara, Liga Sepanyol dan tidak memenangi apa-apa gelaran bagi negaranya.
"Bagaimanapun, secara peribadi, dia memang menakjubkan kerana menjaringkan 91 gol," kata Wenger.
Menurut Wenger, beliau percaya kejayaan yang dikecapi Messi adalah balasan buat pemain itu sendiri yang tampil cemerlang sejak beberapa tahun lalu.
 
Bagaimanapun, Wenger turut menganggap beberapa lagi pemain layak untuk meraih anugerah yang sama seperti Iker Casillas, Cristiano Ronaldo dan Andres Iniesta.
"Saya tidak berapa bersetuju dengan anugerah secara individu dalam bola sepak. Pada pendapat saya, pencapaian pasukan yang lebih diutamakan.
 
"Apabila anda menjadi pemain terbaik dalam pasukan itu dan melakukan sesuatu yang terbaik, jadi anda harus menang. Sebab itu saya memilih Iniesta untuk menang," jelas Wenger lagi.
Wenger turut mengakui bersimpati dengan nasib bintang Real, Ronaldo yang tenggelam dalam bayang-bayang Messi walaupun kapten Portugal itu telah menampilkan impak besar buat pasukannya.
"Cuba anda bayangkan anda berada dalam situasi seperti Ronaldo, anda perlu berasa bertuah kerana anda tidak lahir dalam masa yang sama dengan orang lain," kata Wenger

0 Komentar untuk "Messi makhluk luar biasa"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top