Info Putra Heights 2016

Kedah, Kelantan terus digondol, guano ni eh

Kuala Lumpur: Nasib hutan di Kedah dan Kelantan yang gondol akibat pembalakan dan penerokaan tidak terkawal sudah beberapa kali didedahkan namun ancaman itu masih juga berterusan, kesannya kepada alam dan manusia mula dirasakan.

Di Negeri Jelapang Padi, selepas kira-kira dua bulan lalu BH mendedahkan tindakan rakus penebangan balak di hutan simpan Bukit Perangin, Mukim Hosba di Changlun, kawasan itu dikhuatiri bertambah nazak apabila satu lagi kompartmen baru membabitkan kawasan lebih luas dipercayai sudah diluluskan untuk digondolkan dalam masa terdekat.

Luas enam kali ganda

Kawasan baru itu dipercayai membabitkan hutan seluas 780 hektar dalam kompartmen lapan, lebih enam kali ganda luasnya berbanding hutan yang sudah digondolkan dalam kompartmen tujuh iaitu hanya kira-kira 145 hektar seperti didedahkan BH penghujung Disember lalu.
0 Komentar untuk "Kedah, Kelantan terus digondol, guano ni eh"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top