Info Putra Heights 2016

Israel akan menyesal

Beirut: Iran semalam memberitahu Israel, rejim Zionis itu akan menyesal kerana melancarkan serangan udara ke atas Syria minggu lalu.Tanpa menyatakan sama ada Iran atau sekutunya merancang tindak balas ketenteraan, Setiausaha Majlis Keselamatan Kebangsaan Iran Saeed Jalili berkata, apa dilakukan Tel Aviv itu sama seperti serangan pernah mereka lakukan ke negara lain sebelum ini.

Katanya, insiden itu tidak ubah seperti perang 34 hari Israel dengan pejuang Hizbullah Lubnan pada 2006 serta konflik lain.
Semua perang itu, kata Saeed, menyebabkan Israel hidup dalam penyesalan.

"Hari ini juga, kerajaan dan rakyat Syria melihat isu serangan udara berkenaan dengan serius. Komuniti Islam turut berpihak menyokong Syria," katanya di sidang media di Damsyik, semalam.

Sebelum itu, Saeed mengadakan rundingan dengan Presiden Syria, Bashar al-Assad Israel mengaku menyerang kawasan milik tentera Syria di barat laut Damsyik pada Rabu minggu lalu. Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak berkata, serangan ke atas kompleks tentera minggu lalu menunjukkan rejim Zionis itu serius menghalang aliran senjata ke Lubnan. Saeed berkata, Iran sebagai Ketua Pergerakan Negara Berkecuali (NAM) akan bekerjasama bagi pihak Syria di peringkat antarabangsa bagi menyatakan tindak balas atas serangan berkenaan
0 Komentar untuk "Israel akan menyesal"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top