Info Putra Heights 2016

Iran kecam Hollywood, anugerah Oscar Argo

TEHRAN: Iran mengecam Hollywood susulan penganugerahan tertinggi yang dinobatkan ke atas drama tebusan "Argo", di mana seorang pegawai kanan negara itu menyifatkan ia "tiada nilai seni".

Malah, kemunculan Wanita Pertama Amerika Syarikat (AS), Michelle Obama yang membuat penampilan mengejut pada majlis Oscar itu turut dijadikan bahan jenakan di kalangan pengamal media.
"Filem anti-Iran itu tidak mempunyai nilai seni. Ia adalah anugerah tertinggi yang turut mendapat sokongan kewangan serta kempen pengiklanan yang sangat besar...sehubungan itu, ia mendapat tumpuan di seluruh dunia," kata Menteri Kemajuan Islam dan Budaya, Mohammad Hosseini.


Mohammad turut mendakwa Hollywood cuba menjadikan negara republik Islam itu sebagai sasaran mereka.

Kementerian itu menyifatkan pengarah dan pelakon utama Argo, Ben Affleck yang memiliki kepakaran "memperbesarkan situasi turut mereka-reka adegan dalam filem itu sehinggakan ia adalah palsu".
0 Komentar untuk "Iran kecam Hollywood, anugerah Oscar Argo"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top