Info Putra Heights 2016

Hadiah AS$1j tangkap pembunuh

Los Angeles: Hadiah AS$1 juta (RM3 juta) ditawarkan, semalam kepada sesiapa yang dapat memberi maklumat hingga tertangkapnya bekas anggota polis yang menembak mati tiga orang minggu lalu.Ketua Jabatan Polis Los Angeles, Charlie Beck berkata, wang berkenaan hasil sumbangan orang ramai adalah yang terbesar pernah ditawarkan dalam siasatan jenayah di selatan California.

Ia ditawarkan ketika pasukan keselamatan meneruskan gerakan memburu bekas anggota polis Los Angeles yang juga anggota simpanan tentera laut Amerika Syarikat, Christopher Dorner, 33.
Beck menyifatkan gerakan itu sebagai yang paling mahal pernah dilancarkan di kawasan Los Angeles.

Dorner didakwa menembak mati pegawai keselamatan sebuah kampus dan tunangnya, anak pegawai kanan polis Los Angeles yang bertanggungjawab memecatnya pada 2008
0 Komentar untuk "Hadiah AS$1j tangkap pembunuh"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top