Info Putra Heights 2016

Gelombang ubah Kelantan

KUALA LUMPUR – Program Himpunan Perdana Anok-Anok Kelate 2013 di Stadium Putra Bukit Jalil semalam mendapat sambutan hebat apabila dihadiri 15,000 anak Kelantan yang tinggal di sekitar Lembah Klang.Ia menjadi lebih meriah dengan laungan dan sokongan mereka sewaktu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba pada pukul 4.30 petang bagi merasmikan program berkenaan.
 
Najib pada ucapan perasmiannya gembira menyaksikan ramai rakyat Kelantan di Lembah Klang menghadiri program tersebut sekali gus menunjukkan gelombang perubahan yang bakal melanda negeri itu.
"Himpunan Perdana Anok-Anok Kelate 2013 merupakan program keempat yang saya hadiri pada hari ini (semalam) tetapi semangat saya pulih apabila tiba di Bukit Jalil kerana melihat terhimpun hampir 15,000 anak Kelantan.
 
"Ini menunjukkan orang Kelantan sudah bersedia untuk melakukan perubahan dan mesej serta isyarat ini amat jelas," katanya.

0 Komentar untuk "Gelombang ubah Kelantan"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top