Info Putra Heights 2016

FAM tak pernah abaikan Nazmi’

Brisbane: "Mustahil Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) mengabaikan Nazmi Faiz Mansor selepas mengeluarkan perbelanjaan yang banyak untuk mengasah bakatnya"·
Itu pandangan pengendali Harimau Muda A, Ong Kim Swee mengenai pemain tengah berbakat yang menamatkan kontrak bersama kelab Portugal, SC Beira Mar, baru-baru ini.

Terdahulu terdapat dakwaan mengatakan Nazmi Faiz berdepan masalah kewangan di Portugal hingga mendorongnya kembali ke Malaysia.
 
'Selama ini FAM membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk Harimau Muda, termasuk Nazmi Faiz, mustahil kebajikannya diabaikan. Persoalannya sekarang apa tujuan dan matlamat Nazmi Faiz (pulang ke Malaysia) bersama ejennya," katanya yang kini berada di Australia untuk latihan dan perlawanan persahabatan skuad kendaliannya.

Kim Swee bagaimanapun berkata, daripada memikirkan masalah pemain terbabit, lebih baik beliau memberikan perhatian kepada pasukannya.

Punca sebenar kepulangan pemain berusia 19 tahun itu masih misteri walaupun terdapat pelbagai andaian dan dakwaan.
Nazmi Faiz kini menandatangani kontrak bersama pasukan Liga Super, PKNS FC namun masih belum boleh beraksi.
0 Komentar untuk "FAM tak pernah abaikan Nazmi’"

Tinggalkan sepatah dua kata untuk tatapan pengunjung putraheights.org.

Back To Top